Selasa, 30 Disember 2008

buatmu ibu

ibu bergenang air mata ku
terbayang wajahmu yang redup sayu
tulusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tak berketepian
biarpun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
penatmu mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa
hidupmu kau korbankan
biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat ku balasi akan semua ini
semoga tuhan memberkati kehidupan mu ibu..
ibu kau ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
sentuhmu yang amat aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku
tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajar ku erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
darimu hidayahku sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
kasihanilah tuhan
ibu yang melahirkan diriku
bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
moga bahagia ibu di dunia
dan di akhirat

ingat lah kasih ibu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan